X

Kindly register in order to view this article
!

Makanan percuma petugas Covid-19 setiap hari

Badrul Jamil (tengah) bersama enam tiga ahli NGO Dapur Infaq Kuantan membungkus makanan kepada untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan penuntut di sekitar daerah ini.
A
A

KUANTAN - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penggerak Dapur Infaq Ummah Kuantan, Badrul Jamili Kamaruddin berkata, walaupun sumbangan itu kecil namun diharap mampu membantu mereka untuk mendapatkan bekalan ketika bekerja.

"Kita sediakan makanan percuma pada setiap hari kepada petugas. Kebiasaannya makanan yang disediakan antara 400 hingga 800 bungkus setiap hari.

"Makanan siap dibungkus turut diedarkan kepada penuntut di universiti dan kolej bagi membolehkan mereka terus berada di rumah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Taman Pandan Perdana hari ini.

Seramai enam sukarelawan terlibat membantu menyiapkan bungkusan makanan hasil sumbangan orang ramai dan kerajaan negeri itu.

Ditanya berhubung agihan makanan itu, beliau berkata, Skuad Bencana Negeri Pahang akan mengagihkan makanan terbabit kepada petugas dan penuntut yang telah dikenalpasti.

"Kita hanya sediakan makanan dan agihan akan diuruskan oleh pihak yang telah dilantik oleh kerajaan.. ini kerana kita masih dalam PKP," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus