PRN Sabah: MUDA sahkan tidak bertanding, kekal pendirian berkecuali

MUDA mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon PRN Sabah.
MUDA mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon PRN Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) MUDA Sabah juga membuat ketetapan untuk kekal berkecuali daripada menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang akan bertanding, sama ada parti tempatan mahupun parti nasional.

"MUDA Sabah mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon dan berharap agar gelanggang demokrasi ini diraikan dengan adil dan jujur. Bertandinglah dengan penuh

integriti, tunjukkan tawaran dan manifesto anda kepada rakyat untuk mereka memilih berdasarkan idea, bukan dengan politik wang.

"Kepada rakyat Sabah, gunakan kuasa undi dengan bijak. Pilihlah pemimpin yang jujur, berprinsip serta mempunyai visi dan misi yang jelas untuk wilayah ini," katanya pada Selasa.

Kata kenyataan itu lagi, setiap undi amat bermakna dalam menentukan hala tuju Sabah.

"Ini tanggungjawab kita bersama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MUDA mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini
  • JKEN MUDA Sabah memutuskan untuk kekal berkecuali tanpa menyatakan sokongan kepada mana-mana parti
  • MUDA mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon dan mengharapkan pilihan raya yang adil dan jujur
  • Masyarakat disarankan untuk memilih pemimpin yang jujur, berprinsip dan mempunyai visi jelas untuk Sabah
  • Setiap undi dianggap sangat bermakna dalam menentukan masa depan dan hala tuju Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!