PRN Sabah: SPRM Sabah lancar bilik gerakan aduan rasuah, salah guna kuasa

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah melancarkan bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
SPRM dalam kenyataan berkata, kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai Isnin hingga 5 Disember.
"Bilik gerakan boleh dihubungi ialah Pejabat SPRM Kota Kinabalu 017-8478740/088-488381, Pejabat SPRM Cawangan Sandakan 089-668746/011-18669877 dan Pejabat SPRM Cawangan Tawau 089-772743.
"Selain itu, Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu 089-868769 serta Pejabat SPRM Cawangan Keningau 087-336761/016-5771521," katanya pada Isnin.
SPRM berkata, selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel prnsabah@sprm.gov.my.
Tambahnya, SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).
Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November manakala tarikh undi awal pada 25 November dan tarikh undi pada 29 November.
Tarikh-tarikh penting itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.
SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung dengan pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Sabah ke-16 pada 6 Oktober lalu.
Ringkasan AI
- SPRM Sabah melancarkan bilik gerakan untuk aduan rasuah semasa PRN Sabah ke-17
- Bilik gerakan beroperasi 24 jam mulai Isnin hingga 5 Disember
- Bilik gerakan boleh dihubungi melalui nombor telefon dan e-mel yang disediakan
- SPRM mengingatkan calon dan parti politik agar mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya
- Tarikh penamaan calon, undi awal, dan undi telah ditetapkan oleh SPR
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
