Iran rancang lancar 2,000 misil serentak terhadap Israel

Bagi meruntuhkan sistem pertahanan Israel. -Agensi
Bagi meruntuhkan sistem pertahanan Israel. -Agensi
A
A
A

TEHERAN – Iran dilaporkan sedang memperhebatkan pengeluaran misil dengan sasaran mampu melancarkan 2,000 misil serentak bagi menjatuhkan sistem pertahanan Israel, menurut laporan The New York Times.

Peningkatan ini berlaku susulan tamatnya Perjanjian Nuklear 2015 dan usaha Iran mempercepat program nuklearnya.

Dalam perang Jun 2025, Teheran hanya melancarkan kira-kira 500 misil dalam 12 hari, menjadikan sasaran baharu sebagai lonjakan dramatik.

Pegawai Iran memaklumkan kilang-kilang misil kini beroperasi 24 jam sehari untuk mencapai sasaran tersebut.

Penganalisis serantau melihat situasi ini sebagai persediaan untuk konflik hampir pasti dengan Israel.

Program nuklear Iran terus menjadi titik panas antarabangsa dengan stok uranium diperkaya tinggi dilaporkan mencukupi untuk menghasilkan beberapa senjata nuklear sekiranya diproses lanjut. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Iran sedang memperhebatkan pengeluaran misil dengan sasaran 2,000 misil serentak terhadap Israel
  • Peningkatan pengeluaran misil berlaku susulan tamatnya Perjanjian Nuklear 2015 dan percepatan program nuklear Iran
  • Dalam perang Jun 2025, Iran melancarkan kira-kira 500 misil, menjadikan sasaran baharu ini sebagai lonjakan dramatik
  • Kilang-kilang misil di Iran beroperasi 24 jam sehari untuk mencapai sasaran tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!