Izza Arcarina sudah pulang

Laporan Sinar Harian pada 9 November
Laporan Sinar Harian pada 9 November
A
A
A

SHAH ALAM - Pelajar Tingkatan Tiga, Izza Arcarina Mahmudi yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu telah pulang ke pangkuan keluarga pada Ahad selepas berita kehilangannnya tular.

Ibunya, Nur Hidayah Anuar, 32, meluahkan rasa lega selepas anak sulung dari lima beradik itu pulang dalam keadaan selamat.

“Sekitar jam 10 malam ada yang hubungi saya maklum mahu menempah Grab untuk anak saya yang mahu pulang ke rumah.

“Alhamdulillah, sekitar jam 12 tengah malam, dia tiba di rumah. Dia dalam keadaan sihat, hari ini akan selesaikan urusan dengan polis serta pemeriksan kesihatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Ahad Sinar Harian melaporkan remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Kebun, Selangor sejak Jumaat dengan lokasi terakhir dikesan di Terminal 1 Seremban.

Izza Arcarina dikatakan ke terminal berkenaan menaiki Grab yang ditempah menggunakan telefon bimbit datuknya sekitar jam 1.30 pagi.

Pengawal keselamatan di Terminal Seremban ada memaklumkan ternampak seorang lelaki bermotosikal datang menjemputnya di sana.

Dalam pada itu, Nur Hidayah merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang prihatin berkongsi berita kehilangan Izza Arcarina sehingga anaknya ditemui.

“Dia maklum pulang ke rumah selepas gambarnya tular di media sosial sebagai orang hilang. Saya masih belum bertanya lanjut punca dia berbuat demikian kerana mahu memberinya ruang.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun saya sangat bersyukur dia sudah pulang dengan selamat. Terima kasih kepada semua bantu menjejaki anak saya,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Izza Arcarina Mahmudi pulang ke rumah selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat
  • Ibunya, Nur Hidayah Anuar, merasa lega anaknya pulang dalam keadaan selamat
  • Izza pulang ke rumah sekitar jam 12 tengah malam selepas ada yang menempah Grab untuknya
  • Izza Arcarina dilaporkan terakhir dilihat di Terminal 1 Seremban sebelum pulang
  • Nur Hidayah berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menjejaki anaknya setelah kehilangan Izza tular di media sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!