Ewon letak jawatan: Anwar beri respons dalam masa terdekat

Anwar melambaikan tangan kepada orang ramai ketika mengadakan sesi ramah mesra atau 'walkabout' di Tamu Minggu Jalan Gaya pada Ahad. Foto Bernama
Anwar melambaikan tangan kepada orang ramai ketika mengadakan sesi ramah mesra atau 'walkabout' di Tamu Minggu Jalan Gaya pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Usaha media mendapatkan reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengumuman peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pada malam Sabtu, masih belum berhasil.

Dua program yang dihadiri Anwar pada pagi Ahad di Tamu Jalan Gaya dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menjadi tumpuan media yang menantikan ulasan mengenainya, namun belum membuahkan hasil.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita selepas menghadiri program Rancakkan Madani Sabah di SICC, Anwar memberi isyarat bahawa beliau akan memberikan respons dalam masa terdekat.

“I will, I will…" katanya ringkas sambil melangkah melepasi kumpulan petugas media.

Ewon dilaporkan meletakkan jawatan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu dibuat selepas meneliti penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Celestina Stuel Galid, berhubung semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Usaha media mendapatkan reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick masih belum berhasil
  • Dua program yang dihadiri Anwar pada pagi Ahad tidak membuahkan hasil bagi mendapatkan ulasan beliau
  • Anwar memberi isyarat akan memberikan respons dalam masa terdekat
  • Ewon meletakkan jawatan atas dasar prinsip berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah
  • Keputusan peletakan jawatan dibuat selepas meneliti penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!