Jadual padat PM di Sabah hari ini

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerjanya di Sabah pada Ahad dengan jadual padat, melibatkan empat program utama di sekitar Kota Kinabalu dari pagi hingga malam.
Program Perdana Menteri bermula dengan sesi walkabout dan sarapan pagi bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Jalan Gaya, pada jam 9 pagi.
Beliau kemudian menghadiri Program Rancakkan Madani Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada jam 10 pagi.
Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, diikuti Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Pimpinan Angkat di Bilik Mesyuarat 4, SICC pada jam 4 petang.
Program terakhir beliau ialah Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi PRN Sabah di SICC yang dijadual berlangsung pada jam 9 malam.
Perdana Menteri dijadual meneruskan lawatan kerja ke Tawau esok. - Bernama
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja di Sabah dengan jadual padat melibatkan empat program utama
- Lawatan bermula dengan sesi walkabout dan sarapan pagi bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Jalan Gaya
- Menghadiri Program Rancakkan Madani Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah
- Menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dan Mesyuarat Khas
- Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi PRN Sabah sebagai program terakhir sebelum meneruskan lawatan ke Tawau
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
