Town Hall Rakyat Sinar Harian gegar Kuantan Selasa ini

Acara Town Hall Rakyat Sinar Harian yang dibawa khas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Kuantan, pada 11 November ini.
Acara Town Hall Rakyat Sinar Harian yang dibawa khas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Kuantan, pada 11 November ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Anak jati Pahang diingatkan untuk tidak terlepas acara Town Hall Rakyat Sinar Harian yang dibawa khas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Kuantan, pada 11 November ini.

Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Karangkraf, Airol Fadley Limin berkata, penganjuran kali ini menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku tetamu khas, sekali gus merupakan penglibatan kali kedua beliau menerusi platform Sinar Harian.

Menurut Airol Fadley, pihaknya memilih Kuantan sebagai destinasi jelajah Town Hall kali ini kerana ingin menampilkan kelainan dan impak lebih besar kepada rakyat negeri berkenaan.

“Ini merupakan penganjuran kali kedua Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang. Sebelum ini kami adakan di Auditorium Karangkraf dan sambutannya amat menggalakkan.

“Apa yang kami ingin tekankan adalah input positif dan perspektif rakyat terhadap Wan Rosdy serta kerajaan negeri.

“Ini juga medan buat Wan Rosdy berkongsi naratif dibawakan kerajaan negeri secara terus kepada rakyat,” katanya pada Khamis.

Program Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama Menteri Besar Pahang akan bermula jam 8.30 malam dan dihoskan pelakon, Azhar Sulaiman.

Program ini dijangka dihadiri barisan Exco, ahli akademik dari universiti dan beberapa tokoh korporat negeri.

Airol Fadley menambah, pihaknya turut menyasarkan kehadiran sekitar 1,000 anak jati Pahang ke acara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya lagi, pihak Menteri Besar Pahang telah menyediakan persiapan rapi bagi meraikan pertemuan bersama rakyat kali ini.

“Saya ingin menjemput semua yang berkelapangan di sekitar Kuantan untuk hadir memeriahkan Town Hall Rakyat Sinar Harian.

“Sepertimana anda semua pernah tonton program siaran langsung Sinar Harian, kami akan berikan yang terbaik supaya perjalanan program lancar serta menepati objektifnya secara konklusif.

“Paling penting adalah perkongsian disampaikan Wan Rosdy dapat difahami rakyat jelata dan segala input dari anak tempatan didengari serta dipertimbangkan menjelang pembentangan Bajet 2026 kelak,” ujarnya.

 

Ringkasan AI

  • Anak jati Pahang diingatkan untuk tidak terlepas acara Town Hall Rakyat Sinar Harian di Kuantan pada 11 November
  • Program ini menampilkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai tetamu khas
  • Kuantan dipilih sebagai lokasi jelajah untuk menampilkan impak yang lebih besar kepada rakyat Pahang
  • Ini adalah penganjuran kedua bersama Menteri Besar Pahang dengan harapan mendapat input positif dari rakyat
  • Acara tersebut menyasarkan kehadiran sekitar 1,000 anak jati Pahang dan akan merangkumi sesi perkongsian dengan Menteri Besar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!