Murid 11 tahun lemas ketika sertai aktiviti air di kolam renang

Fadil
Fadil
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang murid lelaki meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menjalani Program Sokongan Keyakinan Air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berusia 11 tahun merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti program berkenaan pada Rabu.

"Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada Jumaat sekitar jam 2.30 petang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut masih dijalankan oleh pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang murid lelaki meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menjalani Program Sokongan Keyakinan Air
  • Mangsa berusia 11 tahun dan merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
  • Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti program berkenaan
  • Mangsa mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan disahkan meninggal dunia
  • Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!