Rombakan Kabinet: Anwar terus kunci mulut

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengunci mulut berhubung spekulasi rombakan Kabinet yang bertiup kencang ketika ini.
Anwar enggan mengulas lanjut dan tidak memberikan sebarang pengesahan atau penafian mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, selepas diasak dengan soalan berhubung dakwaan ramai menteri bimbang kehilangan jawatan sekiranya berlaku rombakan, Anwar hanya memberikan reaksi ringkas dengan bertanya sama ada perkara itu benar atau tidak.
“Ya kah?” katanya ringkas.
Anwar berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Madani Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
Terdahulu, Anwar secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan cadangan senarai bakal menteri Kabinet baharu untuk dipertimbangkan.
Sebelum itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir memberi bayangan seolah-olah rombakan Kabinet akan berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Menurut Zambry, sama ada beliau masih berada dalam Kabinet atau tidak, itu merupakan soal nombor dua.
Beliau berkata, perkara itu adalah agenda negara.
“PM (Anwar) senyum sahaja bagi isyarat, sebab saya pun tak lama, dua tiga minggu saja lagi,” kata Zambry.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi sebarang pengesahan atau penafian tentang spekulasi rombakan Kabinet
- Anwar mengelak dari memberikan komen lanjut dengan hanya bertanya kembali ketika diasak soalan tentang rombakan Kabinet
- Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Madani Permatang Pauh dihadiri oleh Anwar bersama beberapa menteri
- Anwar secara berseloroh meminta cadangan dari media tentang senarai bakal menteri Kabinet baru
- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir memberi bayangan rombakan Kabinet mungkin berlaku dalam dua atau tiga minggu lagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

