Lelaki parah ditembak di stesen minyak

KLANG - Seorang lelaki parah ditembak dalam kejadian di sebuah stesen minyak dekat Bukit Tinggi di sini pada Jumaat.
Mangsa berusia lingkungan 30-an itu dipercayai cedera di bahagian perut dan dada dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu.
Mangsa turut difahamkan memiliki beberapa rekod jenayah lampau itu kini dirawat di sebuah hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa memaklumkan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.
Beliau berkata, kenyataan akhbar berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
- Lelaki parah ditembak di stesen minyak dekat Bukit Tinggi, Klang pada Jumaat
- Mangsa berusia lingkungan 30an cedera di perut dan dada
- Mangsa memiliki rekod jenayah lampau dan kini dirawat di hospital
- Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa mengatakan siasatan lanjut masih dijalankan
- Kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
