Ringgit dijangka kekal kukuh minggu depan

Ringgit dijangka terus mencatat prestasi kukuh minggu depan, meskipun mungkin berlaku aktiviti pengambilan untung susulan pengukuhan baru-baru ini. Gambar hiasan
Ringgit dijangka terus mencatat prestasi kukuh minggu depan, meskipun mungkin berlaku aktiviti pengambilan untung susulan pengukuhan baru-baru ini. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dijangka terus mencatat prestasi kukuh minggu depan, meskipun mungkin berlaku aktiviti pengambilan untung susulan pengukuhan baru-baru ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata, para pemain pasaran juga sedang menantikan petunjuk baharu, khususnya data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2025 yang akan diumumkan pada 14 November.

"Kami menjangkakan keputusan sebenar akan berada dalam lingkungan anggaran awal sebanyak 5.2 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan AS$/MYR akan berlegar antara RM4.17 hingga RM4.19 minggu depan.

Bagi perbandingan asas mingguan, ringgit mengukuh berbanding dolar AS, ditutup lebih tinggi pada 4.1735/1775 berbanding 4.1860/1930 pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu turut diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan negara ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4660/4713 daripada 5.5025/5117, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8154/8200 daripada 4.8453/8534. Bagaimanapun, ringgit sedikit lemah berbanding yen Jepun kepada 2.7192/7220 berbanding 2.7162/7210 ketika ditutup minggu lepas.

Mata wang tempatan itu menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2015/2048 daripada 3.2185/2241, serta mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 250.0/250.4 daripada 251.7/252.2 pada minggu sebelumnya.

Ia turut naik berbanding peso Filipina kepada 7.07/7.08 daripada 7.12/7.14, dan lebih kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8999/9174 berbanding 12.9429/9702 sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ringgit dijangka terus mencatat prestasi kukuh minggu depan
  • Pemain pasaran menantikan data KDNK suku ketiga 2025
  • Anggaran awal KDNK adalah 5.2 peratus
  • USD/MYR dijangka berlegar antara RM4.17 hingga RM4.19
  • Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain tetapi sedikit lemah berbanding yen Jepun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!