'Tiada siapa lebih terkenal daripada saya' - Christiano Ronaldo

Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo percaya beliau lebih terkenal daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Foto AFP
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo percaya beliau lebih terkenal daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Foto AFP
A
A
A

BERLIN - Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo percaya beliau lebih terkenal daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Saya rasa di dunia ini, tiada siapa yang lebih terkenal daripada saya,” katanya dalam temu bual bersama Piers Morgan Uncensored di YouTube pada Khamis sambil menyatakan hasrat untuk bertemu Trump kerana "beliau boleh membuat sesuatu berlaku.”

Kapten Portugal berusia 40 tahun itu menambah: "Saya berharap untuk tidak terlalu terkenal. Ia membosankan, percayalah.

"Saya mahu berjaya... tetapi untuk menjadi begitu terkenal bukan sesuatu yang saya mahukan.”

Penampilannya sebelum ini dalam program Piers Morgan dan kenyataan terhadap kelabnya membawa kepada perpindahannya daripada Manchester United pada 2022.

Beliau kemudian menyertai kelab Al Nassr di Arab Saudi dan terus menjaringkan gol secara konsisten.

Ronaldo berkata, cuaca panas di Arab Saudi menjadikan tugas menjaringkan gol jauh lebih sukar daripada yang didakwa pengkritik.

"Bagi saya, lebih mudah menjaringkan gol di Sepanyol berbanding di Arab Saudi,” kata bekas bintang Real Madrid itu. "Liga Arab Saudi jauh lebih baik daripada liga Portugal, dan liga Perancis hanya ada PSG.”

Ronaldo turut menjelaskan keputusannya untuk tidak menghadiri pengebumian rakan sepasukan kebangsaan, Diogo Jota, yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada Julai lepas kerana mahu tumpuan diberikan kepada Jota dan keluarganya.

Artikel Berkaitan:

"Ke mana sahaja saya pergi, ia akan menjadi tumpuan besar,” katanya. - Bernama

Ringkasan AI

  • Cristiano Ronaldo percaya beliau lebih terkenal daripada Donald Trump
  • Ronaldo mengaku keharusan untuk tidak terlalu terkenal kerana ia membosankan
  • Kenyataan Ronaldo dalam program Piers Morgan menyebabkan perpindahannya dari Manchester United pada 2022
  • Ronaldo menyatakan menjaringkan gol di Arab Saudi lebih sukar berbanding di Sepanyol
  • Ronaldo tidak menghadiri pengebumian Diogo Jota untuk elak menjadi tumpuan utama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!