KSSB raih Anugerah NCOSH 2024

Mohd Bazli (tengah) bersama-sama dengan Ketua Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran KSSB, Nadzli Ahayalimuddin menerima Anugerah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) 2024 bagi kategori Perlombongan dan Penguarian daripada Abdul Rahman (dua dari kiri).

A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sekali lagi membuktikan kecemerlangan dalam sektor perlombongan apabila memenangi Anugerah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) 2024 bagi kategori Perlombongan dan Penguarian.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad pada majlis makan malam yang berlangsung di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, 17 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Mohd Bazli Kamin yang menerima anugerah berkenaan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen syarikat dalam membudayakan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan mampan.

Mohd Bazli bersama Ketua-ketua Jabatan dan Kakitangan KSSB menghadiri Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2024.
Mohd Bazli bersama Ketua-ketua Jabatan dan Kakitangan KSSB menghadiri Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2024.

“Pengiktirafan ini adalah bukti usaha berterusan KSSB memastikan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada pada tahap tertinggi, terutama dalam sektor berisiko tinggi seperti perlombongan,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

KSSB yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ini bukan kali pertama menerima pengiktirafan dalam bidang perlombongan. Syarikat yang ditubuhkan pada 26 Jun 2008 itu sebelum ini memenangi kategori Amalan Terbaik Dalam Pembangunan Mineral yang Mampan (Pengedaran Mineral Bukan Logam) di 2ND ASEAN Mineral Awards 2019 di Bangkok, Thailand.

Trofi Anugerah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) 2024 kategori Perlombongan dan Penguarian yang dimenangi oleh KSSB.
Trofi Anugerah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) 2024 kategori Perlombongan dan Penguarian yang dimenangi oleh KSSB.

Artikel Berkaitan:

Kejayaan itu terus diperkukuh apabila KSSB berjaya dinobatkan sebagai tiga syarikat terbaik bagi anugerah Amalan Terbaik Dalam Perlombongan Mineral Bukan Logam di 3RD ASEAN Mineral Awards 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

KSSB yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia pembangunan sumber asli mineral serta penyelenggaraan jalan raya negeri Selangor, berperanan memastikan hasil bumi negeri dimanfaatkan secara optimum dan telus.

Kejayaan KSSB memenangi NCOSH 2024 bukti usaha berterusan syarikat itu memastikan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Kejayaan KSSB memenangi NCOSH 2024 bukti usaha berterusan syarikat itu memastikan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Sejak penubuhannya, syarikat itu memperkenalkan pelbagai sistem pemantauan dan pengurusan digital bagi meningkatkan kecekapan serta integriti operasi, selaras dengan dasar pembangunan mampan Kerajaan Negeri Selangor.

Kejayaan KSSB memenangi NCOSH 2024 dijangka menjadi penanda aras kepada syarikat lain dalam sektor sama untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Majlis NCOSH 2024 menghimpunkan pelbagai agensi dan syarikat berkaitan industri bagi meraikan kecemerlangan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di seluruh negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!