Pasport Malaysia kini di tangga ketiga dunia

Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025. Foto hiasan
Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, satu penanda aras global bagi kedudukan pasport.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran di laman sosial memaklumkan pencapaian berkenaan mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia.

"Pemegang pasport warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia," menurut hantaran berkenaan.

Berdasarkan data menerusi www.passportindex.org, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama Passport Power Rank, diikuti oleh Singapura dan Sepanyol di tempat kedua.

Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasport Malaysia menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025
  • Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan pencapaian ini mencerminkan kepercayaan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia
  • Pemegang pasport Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 negara
  • Pasport Emiriah Arab Bersatu berada di kedudukan pertama diikuti oleh Singapura dan Sepanyol
  • Malaysia berkongsi kedudukan ketiga dengan 15 negara lain termasuk Belgium, Perancis, dan Jerman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!