Tiada provokasi sepanjang kerja perobohan pangkalan haram - PGA

Ijid (kanan) semasa melakukan tinjauan di sekitar kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang.
Ijid (kanan) semasa melakukan tinjauan di sekitar kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang.
A
A
A

TUMPAT - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) tidak menerima sebarang provokasi atau tanda-tanda protes setakat ini sepanjang kerja-kerja perobohan pangkalan haram dilakukan di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang pada Selasa lalu.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, pihaknya juga mengetatkan pengawalan di dua buah pangkalan haram yang sudah dirobohkan iaitu Pangkalan MCA dan Gergaji.

Ijid semasa sidang akhbar di Martek Pengkalan Kubor, Tumpat pada Ahad.
Ijid semasa sidang akhbar di Martek Pengkalan Kubor, Tumpat pada Ahad.

Menurut beliau, ia bagi memastikan jenayah rentas sempadan tidak berlaku di kawasan tersebut.

"Setakat ini kita tidak nampak ada tanda-tanda kawasan itu aktif balik," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Markas Kompeni Taktikal (Martek) Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.

Ujarnya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut.

Ijid memberitahu, kerja-kerja perobohan lokasi pangkalan haram lain akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Briged Tenggara PGA melakukan kerja-kerja perobohan pangkalan haram di Sungai Golok, Rantau Panjang
  • Tiada provokasi atau protes diterima sepanjang operasi perobohan
  • Pengawalan diperketat di dua buah pangkalan haram yang dirobohkan untuk mencegah jenayah rentas sempadan
  • Setakat ini belum ada tanda-tanda aktiviti haram aktif semula di kawasan tersebut
  • Perobohan lokasi pangkalan haram lain akan dijalankan berdasarkan arahan MKN dan PTG

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!