Berang hotspot dimatikan, lelaki bunuh sahabat sendiri

Suspek ketika dibawa ke balai untuk tujuan sidang media. - Foto: Agensi
Suspek ketika dibawa ke balai untuk tujuan sidang media. - Foto: Agensi
A
A
A

SIAK– Seorang lelaki, Ihsan,44, ditangkap selepas membunuh sahabat karibnya, Novrianto,39, di Siak, Riau baru-baru ini.

Tragedi berlaku akibat perselisihan kecil apabila mangsa menutup sambungan 'hotspot' telefon bimbit, walaupun suspek sudah membenarkan mangsa melakukan hubungan intim dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Siak, ACP Eka Ariandi Putra berkata, sebelum kejadian, suspek dan mangsa minum tuak bersama di rumah suspek.

"Sekitar jam 3 pagi, Ihsan memaksa isterinya berhubungan intim dengan mangsa sambil menahan kedua tangannya. Isteri pelaku menangis tetapi dipaksa menuruti.

"Selepas itu, pelaku berang apabila hotspot telefon bimbit dimatikan mangsa kerana bateri lemah dan kuota hampir habis, sedangkan mangsa masih menonton video pornografi. Ihsan kemudiannya membunuh Novrianto menggunakan parang, sebelum menutup mayat dengan plastik dan daun kering, lalu menguburkannya di belakang rumah," katanya kepada pemberita.

Suspek melarikan diri tetapi ditangkap di Pekanbaru pada 30 Oktober 2025. Polis merampas parang, plastik penutup, kain berlumuran darah, cangkul, televisyen dan kipas sebagai barang bukti.

Ihsan kini disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 340, dengan hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun. Pemeriksaan turut mendedahkan suspek dan mangsa pernah melakukan hubungan sejenis sebulan sebelum kejadian.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ihsan, 44, ditangkap kerana membunuh sahabat karibnya, Novrianto, 39, di Siak, Riau
  • Perselisihan berlaku akibat Novrianto menutup sambungan hotspot telefon bimbit
  • Sebelum kejadian, mereka minum tuak bersama dan Ihsan memaksa isterinya berhubungan intim dengan Novrianto
  • Ihsan membunuh Novrianto menggunakan parang kerana berang hotspot dimatikan
  • Ihsan ditangkap di Pekanbaru, disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 340

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!