Tingkat atas Menara 3 KLCC terbakar

 Satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi, dipercayai melibatkan kawasan makanan dan minuman mewah yang terletak di bangunan berkenaan.

Insiden tersebut dirakam oleh hos rancangan The Economy with Ibrahim Sani, yang menyaksikan kejadian dari kediamannya berhampiran lokasi.

Dalam rakaman yang dikongsikan, api kelihatan marak sebelum berjaya dipadamkan.

Satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi.
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi.

Astro Awani sedang berusaha mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung punca kejadian serta tahap kerosakan yang berlaku.

Setakat laporan ini disiarkan, tiada maklumat rasmi mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kebakaran berlaku di tingkat atas Menara 3 KLCC awal pagi tadi
  • Melibatkan kawasan makanan dan minuman mewah
  • Dirakam oleh hos rancangan The Economy with Ibrahim Sani
  • Api berjaya dipadamkan
  • Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!