Shahidan mampu perkukuhkan PN Perlis - MB

SHAH ALAM - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli melihat pelantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri yang baharu menggantikan beliau mampu memperkukuhkan perpaduan dan kekuatan gabungan parti itu.
Mohd Shukri berkata, kepimpinan Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau itu diharap dapat memastikan PN kekal mentadbir di Perlis dan membawa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
"Setinggi-tinggi tahniah kepada Shahidan atas pelantikan sebagai Pengerusi PN Perlis yang baharu.
"Semoga dengan pelantikan ini, Datuk Seri akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri ini, sekali gus memastikan pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis serta membawa kejayaan dalam PRU16 kelak," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Selain Mohd Shukri, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut digugurkan daripada jawatan Pengerusi PN negeri Pahang
Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, jawatan itu diambil alih oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pelantikan Pengerusi PN negeri-negeri berkuat kuasa serta merta pada Selasa.
Ringkasan AI
- Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, meyakini pelantikan Shahidan Kassim sebagai Pengerusi PN Perlis dapat memperkuat perpaduan dan kekuatan PN
- Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau, diharapkan dapat memastikan PN kekal berkuasa di Perlis dan meraih kejayaan dalam PRU16
- Mohd Shukri mengucapkan tahniah kepada Shahidan Kassim atas pelantikannya sebagai Pengerusi PN Perlis yang baru
- Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, digugurkan dari jawatan Pengerusi PN negeri Pahang
- Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih jawatan Pengerusi PN negeri Pahang daripada Saifuddin Abdullah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
