19 pasar awam di Kuala Lumpur ditutup esok

DBKL mengeluarkan kenyataan memaklumkan 19 pasar awam di Kuala Lumpur akan ditutup seharian esok bagi pelaksanaan Ops Bersih dan Diinfeksi Wabak Covid-19.
DBKL mengeluarkan kenyataan memaklumkan 19 pasar awam di Kuala Lumpur akan ditutup seharian esok bagi pelaksanaan Ops Bersih dan Diinfeksi Wabak Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 19 pasar awam di kawasan Kuala Lumpur akan ditutup seharian esok bagi memberi laluan pelaksanaan Ops Bersih dan Diinfeksi Wabak Covid-19.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan memaklumkan inisiatif pembersihan itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di pasar awam sekali gus memastikan fasiliti berkenaan lebih bersih serta selamat dikunjungi.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan akan dijalankan serentak dan melibatkan penutupan operasi pasar bagi kerja pencucian menyeluruh sebelum aktiviti diinfeksi dijalankan.

"Ops ini melibatkan pasar awam berbangunan milik DBKL. Ia diselaraskan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) dengan kerjasama syarikat konsesi Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) serta Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja (JPPP).

"Prosesnya akan dikawal selia oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, panduan berkaitan kaedah menyediakan larutan nyahkuman atau diinfeksi telah diberikan kepada setiap kontraktor pembersihan pasar yang terlibat.

Info:

Senarai pasar awam di Kuala Lumpur yang terlibat Ops Bersih dan Diinfeksi Wabak Covid-19

Artikel Berkaitan:

- Pasar Harian Selayang (11 pagi-10 malam)

- Pasar Sentul (9 pagi-10 malam)

- Pasar Batu 5, Batu (9 pagi-10 malam)

- Pasar Batu 2 1/2, Batu (9 pagi-10 malam)

- Pasar Raja Bot (Chow Kit) (11 pagi-10 malam)

- Pasar Wirawati, Titiwangsa (9 pagi-10 malam)

- Pasar Besar TTDI, Segambut (9 pagi-10 malam)

- Pasar Genting Kelang (9 pagi-10 malam)

- Pasar dan Pusat Penjaja Seksyen 2, Wangsa Maju (9 pagi-10 malam)

- Pasar Klang Lama (9 pagi-10 malam)

- Pasar Pekan Sungai Besi (9 pagi-10 malam)

- Pasar Alam Damai, Bandar Tun Razak (9 pagi-10 malam)

- Pasar Besar Cheras (9 pagi-10 malam)

- Pasar Ikan Emas, Bandar Tun Razak (9 pagi-10 malam)

- Pasar Taman Sri Sentosa (9 pagi-10 malam)

- Pasar Pudu (9 pagi-10 malam)

- Pasar Taman Cheras (9 pagi-10 malam)

- Pasar Jalan Lengkuas, Cheras (9 pagi-10 malam)

- Pasar Pekan Salak Selatan (9 pagi-10 malam)