Perjanjian timbal balas dengan AS tidak jejas kedaulatan Malaysia - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebaliknya Malaysia turut memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik berbanding yang dipersetujui sebelum ini.

"Jika anda melihat perjanjian itu, ia menghormati kedaulatan kedua-dua negara, kita tidak akan menandatangani sesuatu yang akan menjejaskan kedaulatan negara kita.

"AS telah menawarkan akses pasaran yang lebih baik dan terjamin berbanding komitmen awal kita," katanya pada sidang media pada Ahad. 

Malaysia berpuas hati dengan perjanjian perdagangan yang dicapai dengan AS, katanya.

Tengku Zafrul berkata perjanjian berkenaan yang memastikan persekitaran dagangan lebih terbuka akan meningkatkan keyakinan pelabur sekali gus menjadikan syarikat AS lebih berminat untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan Amerika Syarikat tidak akan menjejaskan kedaulatan negara
  • Malaysia memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik
  • AS menawarkan akses pasaran yang lebih baik dan terjamin
  • Malaysia berpuas hati dengan perjanjian perdagangan yang dicapai dengan AS
  • Perjanjian ini akan meningkatkan keyakinan pelabur dan menjadikan syarikat AS lebih berminat untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!