Pusat panggilan Hasil Care Line ditutup mulai 26 Mac: LHDN

LHDN
LHDN
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat panggilan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Hasil Care Line (HCL) akan ditutup mulai 26 Mac ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

LHDNM dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu diambil susulan situasi terkini negara.

"Sehubungan itu, perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDNM adalah terhad seperti berikut iaitu perkhidmatan dalam talian seperti pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan pembayaran cukai melalui platform ezHASiL.

"Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan cukai dan perkhidmatan LHDNM adalah melalui HASiL Live Chat serta e-mel kepada Customer Care Officer (CCO) LHDNM (senarai lengkap CCO LHDNM boleh diakses menerusi http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=2&bt_skum=5&bt_posi=1&bt_unit=3&bt_sequ=1)," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna juga boleh melayari media sosial rasmi LHDNM di Facebook, Twitter dan Instagram.

"Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan Soalan Lazim (FAQ) seperti di bawah: versi bahasa Malaysia: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf dan versi bahasa Inggeris: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_2.pdf," katanya.

Artikel Berkaitan: