Bekas pemain Arsenal mengaku ada darah Malaysia

NAMA Joshua Noah Robison mungkin kurang dikenali di Malaysia, namun bekas pertahanan kanan Arsenal itu sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan negara ini.
Pemain berusia 21 tahun itu mendedahkan asal-usul keluarganya dalam satu temubual bersama kelab lamanya sebelum berpindah ke Wigan Athletic pada Januari lalu.
Menurut laporan yang disiarkan di laman rasmi Arsenal, Robison memberitahu ibunya berdarah campuran Malaysia dan Inggeris, manakala bapanya berasal dari Jamaica.
Sepanjang berada di Arsenal, Robison sempat menimba pengalaman berharga di bawah kendalian Mikel Arteta, malah pernah disenaraikan dalam skuad utama untuk saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim 2024-2025.
“Saya membesar di Leyton, timur London. Ayah saya orang Jamaica dan ibu saya pula berdarah Malaysia-Inggeris,” katanya dalam temubual tersebut.
Selepas menamatkan kontrak bersama Wigan Athletic, Robison kini berstatus ejen bebas dan masih belum menyertai mana-mana kelab.
Ringkasan AI
- Joshua Noah Robison mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui ibunya yang berdarah campuran Malaysia dan Inggeris
- Sebelum berpindah ke Wigan Athletic, Robison merupakan bekas pemain Arsenal
- Semasa di Arsenal, dia berpeluang menimba pengalaman dibawah kendalian Mikel Arteta dan sempat disenaraikan dalam skuad utama untuk Liga Juara-Juara musim 2024-2025
- Robison membesar di Leyton, timur London dengan ayahnya yang berasal dari Jamaica dan ibunya Malaysia-Inggeris
- Setelah kontraknya bersama Wigan Athletic tamat, Robison kini berstatus ejen bebas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
