Platform MyBarakah mudahkan agihan zakat secara digital, telus

Noorhaslizan (empat dari kanan) pada majlis pelancaran kerjasama MyBarakah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Noorhaslizan (empat dari kanan) pada majlis pelancaran kerjasama MyBarakah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Syarikat MyBarakah Synergy Sdn. Bhd. telah memperkenalkan dompet digital dan kad digital ‘MyBarakah’, yang membolehkan urusan pembayaran, pembelian serta pengagihan bantuan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

Pengarah urusannya, Noorhaslizan Shah Sulaiman berkata, aplikasi ini bukan sekadar alat transaksi tetapi satu platform sosial yang menyokong agihan zakat, sedekah, infaq dan sumbangan dengan kaedah yang lebih teratur, telus dan boleh dijejaki.

Beliau menjelaskan, syarikat tersebut telah memulakan operasi sejak 2021 dengan menguruskan pengagihan zakat, bantuan, sumbangan dan wakaf kepada kumpulan sasar melalui platform e-wallet dan kad digital khas.

NOORHASLIZAN
NOORHASLIZAN

Jelasnya, waktu pandemik, konsep penyerahan sumbangan menggunakan e-wallet terbukti berkesan untuk membantu penerima bantuan meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana mencabar.

“Pada masa ini MyBarakah mempunyai kira-kira 3,000 penerima bantuan dan menjangkakan jumlah penerima akan meningkat kepada 180,000 orang melalui kerjasama bersama banyak badan bukan kerajaan, pusat zakat negeri serta pihak berkuasa lain.

“Salah satu kelebihan utama platform ini ialah sumbangan yang diterima akan disalurkan terus kepada penerima yang layak dan setiap rekod transaksi dapat disemak oleh penyumbang serta pentadbir dana sekali gus mengurangkan risiko ketirisan bantuan,” katanya.

Ujar Noorhaslizan lagi, MyBarakah sedang membina sebuah ekosistem ekonomi berunsurkan syariah yang mengutamakan tanggungjawab, meningkatkan taraf ekonomi umat Islam serta mencari keberkatan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, platform berkenaan juga menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk menyumbang dan menerima bantuan dengan lebih mudah, tanpa sebarang keraguan dan batasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!