Pelajar China alami gangguan mental tonton filem seram

Guru membenarkan pelajar menonton filem seram di sebuah sekolah di Hengzhou, Nanning, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, selatan China. Foto Agensi
Guru membenarkan pelajar menonton filem seram di sebuah sekolah di Hengzhou, Nanning, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, selatan China. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING — Seorang pelajar di China yang mengalami gangguan mental selepas menonton filem seram ketika sesi pembelajaran kendiri berjaya memenangi kes saman terhadap sekolahnya.

Mahkamah mengarahkan penyedia insurans sekolah membayar pampasan sebanyak 9,182 yuan (RM6,000).

Kejadian berlaku pada Oktober 2023 di sebuah sekolah di Hengzhou, Nanning, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.

Ketika guru bertugas bercuti, pelajar dibenarkan menjalankan sesi pembelajaran kendiri dan atas persetujuan bersama guru kelas serta semua pelajar, mereka menonton filem seram yang tidak dinyatakan judulnya.

Pada malam hari sama, pelajar dikenali sebagai Zihan mula menunjukkan tanda-tanda kekeliruan mental dan bercakap merapu ketika berbual dengan ibunya secara dalam talian.

Bimbang dengan keadaan itu, ibu bapanya segera membawa Zihan ke hospital sebelum doktor mengesahkan dia menghidap gangguan psikotik akut dan sementara, iaitu kehilangan hubungan dengan realiti akibat tekanan psikologi.

Keluarga Zihan menuntut pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM19,500) dengan mendakwa pihak sekolah gagal melaksanakan tanggungjawab pengawasan yang sepatutnya.

Namun, sekolah berpendapat kejadian itu berpunca daripada 'keadaan fizikal khas' pelajar terbabit dan hanya bersedia menanggung 10 peratus tanggungjawab kerana sudah melaksanakan sistem pendidikan kesihatan mental.

Mahkamah Rakyat Hengzhou akhirnya memutuskan sekolah bertanggungjawab 30 peratus, dan syarikat insurans perlu membayar pampasan 9,182 yuan (RM6,000) bagi kerugian ekonomi.

Artikel Berkaitan:

Kes itu mencetuskan perdebatan dalam talian, dengan sesetengah pengguna menyalahkan sekolah kerana meluluskan tayangan filem seram, manakala yang lain menyifatkannya sebagai kemalangan tidak dijangka. - Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar di China mengalami gangguan mental selepas menonton filem seram di sekolah dan memenangi kes saman
  • Mahkamah memerintah penyedia insurans sekolah membayar pampasan RM6,000
  • Kejadian tersebut berlaku di Hengzhou, Nanning, wilayah Guangxi Zhuang
  • Pelajar tersebut, Zihan, menunjukkan tanda kekeliruan mental sejurus selepas menonton film tersebut
  • Sekolah dianggap bertanggungjawab sebanyak 30 peratus atas kejadian tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!