Laluan pendakian Hutan Simpan Kekal Raub ditutup sementara

KUANTAN – Semua laluan pendakian ke Puncak Pine Tree, Puncak Twin Peak dan Puncak Gunung Semangkok yang terletak dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Daerah Raub ditutup kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi satu hantaran di laman sosial Pejabat Hutan Daerah Raub pada Rabu.
Menurut kenyataan tersebut, penutupan berkenaan akan berkuat kuasa sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Individu yang ingkar terhadap arahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 47, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).
“Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Ringkasan AI
- Semua laluan pendakian ke Puncak Pine Tree, Puncak Twin Peak dan Puncak Gunung Semangkok di HSK Daerah Raub ditutup kepada orang awam
- Penutupan dilakukan dengan serta-merta menurut Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
- Arahan penutupan itu akan berlangsung sehingga tarikh yang akan ditetapkan kelak
- Individu yang melanggar arahan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang
- Hukumannya termasuk denda hingga RM10,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

