Strok haba: Kanak-kanak 4 tahun mangsa pertama maut di Kelantan

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Gua Musang menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat strok haba di Kelantan tahun ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dipercayai ditinggalkan bersendirian di dalam kereta selama hampir tiga hingga empat jam.
“Cuaca di Kelantan ketika ini panas dengan suhu yang agak tinggi walaupun terdapat hujan di beberapa kawasan.
“Situasi ini masih boleh menyebabkan risiko strok haba, terutamanya kepada kanak-kanak,” katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Program Citra Remaja Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra di sini, pada Rabu.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa berhati-hati dan tidak meninggalkan anak tanpa pengawasan, khususnya di dalam kenderaan atau tempat tertutup lain yang boleh menyebabkan peningkatan suhu badan.
Ujarnya, tidak kira apa jua keadaan cuaca sekalipun, keselamatan anak-anak perlu diutamakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Ringkasan AI
- Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Gua Musang merupakan mangsa pertama meninggal akibat strok haba di Kelantan tahun ini
- Mangsa dipercayai ditinggalkan bersendirian di dalam kereta hampir tiga hingga empat jam
- Cuaca di Kelantan ketika ini panas dengan suhu tinggi
- Strok haba berisiko tinggi kepada kanak-kanak
- Ibu bapa dinasihatkan tidak meninggalkan anak tanpa pengawasan di dalam kenderaan atau tempat tertutup
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

