Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Dua anggota polis mengaku tidak bersalah peras ugut RM200

21 Oktober 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Baling kerana melakukan pemerasan sebanyak RM200 terhadap seorang mangsa dalam kejadian September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tertuduh, Lans Koperal Sharif Abu Hurairah Abu Bakar, 24, dan Konstabel Mohammad Nashrul Alif Alahuddin, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rohaida Ishak selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Polis #Mahkamah