Covid-19: Rakyat Turki tinggalkan barang makanan di jalan raya

Twitter CJ Werleman tular di laman sosial.
Twitter CJ Werleman tular di laman sosial.
A
A
A

ANKARA - Rakyat Turki memberi bantuan makanan kepada kejiranan dengan meletakkan barangan tersebut di atas jalan raya buat bagi mengekang jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Tindakan murni mereka menarik perhatian dunia apabila video dimuat naik pelayar Twitter, CJ Werleman tular di laman sosial.

Bukan pembelian panik berlaku, sebaliknya orang Turki meninggalkan makanan di jalan-jalan dengan susunan jarak sekurang-kurangnya semeter untuk diagihkan kepada golongan kurang mampu.

Difahamkan, orang ramai akan ambil barangan tersebut satu persatu bagi mengekalkan jarak sosial mereka.

Video durasi 20 saat itu ditonton lebih 80,000 tontonan dari netizen.

Rata-rata netizen berbangga dengan sikap terpuji rakyat Turki kerana meskipun negara dilanda wabak Covid-19, mereka tetap laksanakan kebajikan untuk sanak saudara.

"Ini benar, Turki adalah sebuah negara yang indah, dunia harus belajar daripada mereka." kata Irfan.

Kata Ibnu, "Begitu inspirasi. Saya berharap ramai orang akan melakukan seperti ini."

Artikel Berkaitan:

Murky pula berkata, "Masih ada lagi nilai kemanusiaan. Terbaik untuk rakyat Turki."

Turki merekodkan 30 kematian semalam akibat Covid-19 dan jumlah kes disahkan positif seramai 1,236 orang.