Najib jamin Hishammuddin masih setia dengan Umno

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah memberi jaminan akan terus kekal setia bersama Umno.

Beliau berkata jaminan itu diberikan sendiri oleh Hishammuddin dalam satu pertemuan dengan beliau beberapa hari lalu.

"Soal gambar bercuti dengan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) itu memberikan pelbagai tafsiran dan saya bertanyakan secara berterus-terang," katanya pada sesi santai bersama anggota Umno di sini hari ini.

Dalam sesi berkenaan, seorang ahli Umno bertanyakan kepada bekas Presiden Umno itu sama ada Hishammuddin masih 'ada hati' dengan parti dengan mengambil kira tindak tanduk bekas Naib Presiden Umno itu mencetuskan pelbagai khabar angin yang tidak menyenangkan parti.

Baru-baru ini, gambar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hishammuddin bercuti di Maghribi tersebar luas hingga mencetuskan pelbagai spekulasi. - Bernama

Artikel Berkaitan: