Sembilan sekeluarga diusir keluar rumah dipindahkan ke tempat selamat

JOHOR BAHRU – Beberapa individu yang dilihat berlindung di bahagian bawah sebuah blok pangsapuri di Tampoi di sini kerana dipercayai diusir dari rumah, telah dipindahkan ke tempat selamat buat seketika.
Menurut Ketua Kampung Kempas, Abdul Kadir Junus, kesemua sembilan sekeluarga itu kini dalam keadaan yang baik dan menunggu masa untuk diperiksa oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
“Daripada maklumat yang saya terima, mereka semua telah tinggal di bahagian balok blok pangsapuri berkenaan selama sebulan sebelum diusir dari rumah.
“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana tetapi atas sifat kemanusiaan, kita bersama-sama bawa keluarga ini ke satu tempat yang selamat, sentiasa dipantau serta ada makan dan minum.
“Pihak JKM sebelum ini ada mengambil serba sedikit maklumat awal mengenai mereka ini dan Selasa ini mereka akan dipantau sekali lagi sebelum diserahkan kepada pihak Imigresn (Jabatan Imigresen Malaysia), berhubung soal-soal dokumentasi,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Sabtu, tular video serta gambar beberapa individu termasuk kanak-kanak dilihat berlindung di bahagian bawah blok sebuah pangsapuri.
Sementara itu Abdul Kadir berkata, berdasarkan percakapan ibu tersebut, dia bukan warganegara Malaysia tetapi merupakan warga Indonesia dan tidak bekerja.
Katanya lagi, wanita tersebut memberitahu suami pertamanya berasal dari Sabah dan ada di sekitar Johor namun tidak dapat dikesan seperti suami keduanya.
“Buat masa ini kita tempatkan keluarga ini di tempat yang selamat. Pihak JKM akan melakukna pemeriksaan lanjut pada Isnin.
“Setelah itu, keluarga tersebut diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutkan terutamanya untuk proses dokumentasi," katanya.
Ringkasan AI
- Beberapa individu termasuk keluarga diusir dan berlindung di bahagian bawah blok pangsapuri di Tampoi
- Kesemua sembilan sekeluarga telah dipindahkan ke tempat selamat dan menunggu pemeriksaan oleh JKM dan JIM
- Mereka telah tinggal di situ selama sebulan sebelum diusir
- Individu terlibat termasuk wanita yang bukan warganegara Malaysia tetapi warga Indonesia dan tidak bekerja
- Keluaraga tersebut akan dipantau JKM sebelum diserahkan kepada JIM untuk tindakan dokumentasi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
