Buruh maut motosikal rempuh basikal, terbabas langgar lori

Tangkap layar video kemalangan yang berlaku di KM60, Jalan Batu Pahat-Mersing pada Khamis malam.
Tangkap layar video kemalangan yang berlaku di KM60, Jalan Batu Pahat-Mersing pada Khamis malam.
A
A
A

KLUANG – Seorang buruh kontrak maut, manakala seorang warga Bangladesh cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 60, Jalan Batu Pahat-Mersing pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 8.30 malam melibatkan sebuah motosikal, basikal dan sebuah lori tangki.

"Nahas berlaku ketika seorang pemuda berusia 28 tahun sedang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dalam perjalanan ke Bandar Kluang dari Mersing.

"Sebaik tiba di lokasi, tiba-tiba sebuah basikal yang ditunggang seorang lelaki warga Bangladesh berusia 50 tahun melintas jalan secara tiba-tiba.

"Akibatnya, penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar basikal tersebut sebelum terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah lori tangki yang diletakkan di bahu jalan sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Keadaan motosikal mangsa. Foto IPD Kluang
Keadaan motosikal mangsa. Foto IPD Kluang

Bahrin berkata, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Katanya, penunggang basikal warga Bangladesh pula mengalami patah tangan kanan, tulang rusuk, kecederaan di kepala, kaki dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom(HEBHK).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Bahrin memaklumkan pemandu lori berusia 42 tahun berdepan tindakan di bawah Kaedah 16(1), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara enam bulan dan bagi kesalahan berulang, denda boleh mencecah RM4,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1). Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa di jalan raya, khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di talian 07-7784222 atau 07-7766822 (hotline), 07-7784256 (direct line) dan 014-365682(Tablet DCC) bagi membantu siasatan," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang buruh kontrak maut dan seorang warga Bangladesh cedera parah dalam kemalangan di Jalan Batu Pahat-Mersing
  • Kemalangan melibatkan motosikal, basikal dan lori tangki
  • Penunggang motosikal meninggal akibat kecederaan parah di kepala dan badan
  • Penunggang basikal warga Bangladesh mengalami patah tangan dan tulang rusuk, kini dirawat di ICU
  • Pemandu lori berdepan tindakan kerana meletakkan kenderaan menghalang laluan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!