JAIS tekad jadikan masjid Selangor model tadbir urus cemerlang

Melalui sesi perbincangan dan amanat yang disampaikan, JAIS turut berharap seluruh masjid pengurusan di negeri ini dapat beriltizam melaksanakan peranan sebagai pusat ibadah, ilmu dan kesejahteraan ummah yang unggul di Selangor - Foto JAIS
Melalui sesi perbincangan dan amanat yang disampaikan, JAIS turut berharap seluruh masjid pengurusan di negeri ini dapat beriltizam melaksanakan peranan sebagai pusat ibadah, ilmu dan kesejahteraan ummah yang unggul di Selangor - Foto JAIS
A
A
A

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan komitmen memperkukuh hala tuju pentadbiran dan tadbir urus masjid di seluruh negeri melalui satu pertemuan khas bersama pengurusan masjid Selangor.

Pertemuan berlangsung pada 14 Oktober itu menghimpunkan semua Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (PAID), Ketua Unit Pengurusan Masjid Daerah, Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid Pengurusan serta Pengurus Masjid Pengurusan Negeri Selangor di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS.

Menurut JAIS dalam kenyataan pada Jumaat, program berkenaan dipimpin oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, yang menekankan kepentingan pengurusan berasaskan prinsip ‘housekeeping’ sebagai teras keberkesanan pentadbiran masjid.

Beliau menjelaskan konsep itu berpaksikan lima elemen utama iaitu Indicate, Position, Point, Line dan Plan, yang bertujuan memastikan setiap keputusan dilaksanakan secara teratur, telus serta memberi impak positif kepada masyarakat.

Selain itu, Mohd Shahzihan turut mengupas pendekatan “cara bertindak dengan dengar”, yang menuntut setiap pengurus masjid dan pentadbir mendengar serta memahami data sebelum membuat keputusan yang lebih bijak dan strategik.

"Pertemuan itu turut memberi penekanan kepada nilai integriti, profesionalisme dan semangat kerjasama antara JAIS, PAID serta Lembaga Tadbir Masjid bagi memperkukuh sistem pengurusan Islam di peringkat akar umbi," menurut JAIS dalam kenyataan itu.

Melalui sesi perbincangan dan amanat yang disampaikan, JAIS turut berharap seluruh masjid pengurusan di negeri ini dapat beriltizam melaksanakan peranan sebagai pusat ibadah, ilmu dan kesejahteraan ummah yang unggul di Selangor.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JAIS menekankan komitmen untuk memperkukuh pentadbiran masjid di Selangor melalui pertemuan khas
  • Pertemuan menghimpunkan pelbagai pemangku kepentingan dalam pengurusan masjid
  • Program tersebut dipimpin oleh Pengarah JAIS yang menekankan pengurusan berasaskan prinsip 'housekeeping'
  • Konsep pengurusan merangkumi lima elemen utama untuk keputusan yang teratur dan telus
  • Pertemuan itu juga menekankan nilai integriti, profesionalisme, dan kerjasama dalam pengurusan masjid

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!