Tersilap tekan pedal minyak, Mini Cooper rempuh lima kereta

Keadaan Mini Cooper melanggar lima buah kenderaan lain yang diparkir berhampiran lot-lot kedai.
Keadaan Mini Cooper melanggar lima buah kenderaan lain yang diparkir berhampiran lot-lot kedai.
A
A
A

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Tindakan seorang wanita tersilap menekan pedal minyak di Jalan Kuning, Taman Pelangi di sini, menyebabkan lima kenderaan yang diparkir dirempuh dalam kejadian pada kira-kira jam 9.14 pagi, Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, insiden dipercayai berlaku apabila wanita berusia 49 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans sedang memandu kereta jenis Mini Cooper dari arah Jalan Pingai menuju ke Jalan Kuning.

"Ketika hendak sampai di persimpangan, wanita terbabit tersilap menekan pedal minyak lalu terbabas dan melanggar lima buah kenderaan lain yang diparkir berhampiran lot-lot kedai.

“Hasil ujian pernafasan alkohol terhadap pemandu wanita berkenaan didapati negatif dan tiada kecederaan dilaporkan membabitkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kenderaan kenderaan yang dirempuh sebuah Mini Cooper. Foto tular
Kenderaan kenderaan yang dirempuh sebuah Mini Cooper. Foto tular

Menurutnya, kes disiasat di bawah Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 10(1) LN 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan.

Sebelum itu, tular beberapa gambar dan video berdurasi 14 saat di media sosial memaparkan beberapa buah kenderaan rosak dilanggar sebuah kereta.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Wanita tersilap menekan pedal minyak menyebabkan rempuhan kepada enam kenderaan diparkir di Taman Pelangi
  • Insiden berlaku pada jam 9.14 pagi
  • Pemandu berusia 49 tahun dan bekerja sebagai ejen insurans
  • Ujian pernafasan alkohol negatif, tiada kecederaan dilaporkan
  • Kes disiasat dibawah gagal mengawal kenderaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!