Mesyuarat khas SPR hari ini tentukan tarikh penting PRN Sabah ke-17

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini.
Mesyuarat berkenaan dijadual bermula pada jam 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada 11 pagi.
Sidang media itu amat ditunggu-tunggu antaranya bagi mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17 iaitu hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian serta tempoh berkempen.
Pada 6 Oktober lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17. - Bernama
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
- Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17
- Mesyuarat dijadual bermula pada 10 pagi dan diikuti sidang media pada 11 pagi
- Sidang media akan mengumumkan tarikh hari penamaan calon, undi awal, hari pengundian, dan tempoh berkempen untuk PRN Sabah
- Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 6 Oktober lepas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
