Indonesia naikkan elaun ahli Parlimen

Bangunan Parlimen Indonesia berdiri megah berlatarbelakangkan pemandangan bandar Jakarta, Indonesia. Foto Agensi
Bangunan Parlimen Indonesia berdiri megah berlatarbelakangkan pemandangan bandar Jakarta, Indonesia. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA – [DIKEMAS KINI] Kerajaan Indonesia meluluskan kenaikan hampir dua kali ganda elaun rehat untuk ahli Parlimen, hanya sebulan selepas membatalkan beberapa manfaat lain bagi meredakan kemarahan awam susulan gelombang protes besar-besaran di seluruh negara.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Sufmi Dasco Ahmad, setiap ahli Parlimen kini akan menerima 700 juta rupiah (RM178,428) bagi setiap tempoh rehat Parlimen, meningkat daripada 400 juta rupiah (RM101,978) sebelum ini. Kadar baharu itu mula berkuat kuasa 3 Oktober 2025, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada Mei lalu.

Elaun tersebut diberikan bagi menampung aktiviti dan lawatan wakil rakyat ke kawasan ketika Parlimen tidak bersidang. Indonesia mempunyai 580 ahli Parlimen, dengan purata lima tempoh rehat setiap tahun menjadikan jumlah perbelanjaan tahunan bagi elaun ini dianggarkan sekitar RM893,550 bagi setiap ahli Parlimen, atau kira-kira RM518 juta setahun keseluruhannya.

Kenaikan itu mencetuskan semula perdebatan hangat selepas protes besar pada Ogos lalu yang disertai ribuan pelajar, aktivis hak asasi manusia dan orang awam menentang kenaikan gaji serta elaun wakil rakyat.

Walaupun beberapa elaun lain seperti perumahan dan kemudahan tambahan telah dipotong daripada 100 juta rupiah (RM25,495) kepada 65.5 juta rupiah (RM16,700) sebulan, langkah menaikkan elaun rehat dilihat bertentangan dengan usaha kerajaan mengekang perbelanjaan.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Indonesia meluluskan kenaikan elaun rehat untuk ahli Parlimen hampir dua kali ganda Elaun rehat ahli Parlimen naik dari 400 juta rupiah ke 700 juta rupiah Kenaikan elaun berkuat kuasa 3 Oktober 2025 setelah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Indonesia memiliki 580 ahli Parlimen dengan perbelanjaan tahunan elaun rehat kira-kira RM518 juta Kenaikan elaun rehat mencetuskan protes selepas kenaikan gaji dan elaun sebelumnya dibatalkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!