16 maut insiden gudang kimia, kilang pakaian terbakar

Bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan gudang bahan kimia dan kilang pakaian yang terletak bersebelahan. Foto AFP
Bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan gudang bahan kimia dan kilang pakaian yang terletak bersebelahan. Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam satu kebakaran dahsyat yang memusnahkan sebuah kilang pakaian dan gudang bahan kimia di ibu negara Bangladesh pada Selasa.

Laporan awal sebelum ini menyebut bahawa kebakaran itu meragut sembilan nyawa dan mencederakan beberapa individu lain dengan serius.

Difahamkan, kedua-dua bangunan tersebut terletak bersebelahan berhadapan dengan Universiti Perniagaan dan Teknologi Bangladesh.

Pegawai Bahagian Media Ibu Pejabat Perkhidmatan Bomba Dhaka, Talha Jashim berkata, 12 mayat dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka dan Institut Kebangsaan Pembedahan Melecur serta Pembedahan Plastik wilayah berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Seramai 12 mayat dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka serta Institut Kebangsaan Pembedahan Melecur dan Pembedahan Plastik di sini,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, kira-kira 12 jentera bomba terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran yang dilaporkan berlaku sekitar 11.40 pagi.

Menurut pegawai itu lagi, kebakaran di kilang pakaian setinggi tujuh tingkat itu bermula di tingkat tiga dan sebahagian besarnya telah berjaya dipadamkan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa anggota bomba masih berusaha mengawal sepenuhnya kebakaran di gudang bahan kimia yang menyimpan bahan berbahaya termasuk serbuk peluntur, plastik dan hidrogen peroksida.

Seorang lagi pegawai bomba yang enggan dikenali memberi amaran bahawa angka korban mungkin terus meningkat.

Artikel Berkaitan:

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti. – AGENSI

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam kebakaran dahsyat di kilang pakaian dan gudang bahan kimia di Dhaka, Bangladesh
  • Laporan awal menyebut sembilan orang terbunuh dan beberapa cedera serius
  • Bangunan tersebut terletak bersebelahan dengan Universiti Perniagaan dan Teknologi Bangladesh
  • 12 mayat dihantar ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka dan Institut Kebangsaan Pembedahan Melecur
  • Kira-kira 12 jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!