Mikrofon aktif, perbualan Prabowo-Trump di sidang damai Gaza 'bocor'

Rakaman video yang dikongsi agensi berita Reuters menunjukkan kedua-dua pemimpin berbual di belakang podium tanpa menyedari mikrofon masih aktif.
Rakaman video yang dikongsi agensi berita Reuters menunjukkan kedua-dua pemimpin berbual di belakang podium tanpa menyedari mikrofon masih aktif.
A
A
A

SHARM EL-SHEIKH – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dirakam tanpa menyedari mikrofon ketika itu masih aktif semasa beliau meminta Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempertemukannya dengan anak lelaki Trump, Eric Trump pada Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Mesir pada Isnin.

Perbualan spontan itu berlaku selepas Trump menyampaikan ucapan pada persidangan yang dihadiri pemimpin dunia susulan pengumuman perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Rakaman video yang dikongsi agensi berita Reuters menunjukkan kedua-dua pemimpin berbual di belakang podium tanpa menyedari mikrofon masih aktif.

Dalam rakaman tersebut, Prabowo kedengaran berkata, kawasan itu “tidak begitu selamat dari segi keselamatan”, sebelum bertanya kepada Trump sama ada beliau boleh membantunya untuk bertemu anaknya.

“Boleh saya bertemu Eric?” soal Prabowo.

Trump kemudian menjawab, “Saya akan suruh Eric telefon awak. Dia anak yang baik. Saya akan suruh dia hubungi.”

Prabowo membalas dengan berkata, “Kita cari tempat yang lebih sesuai, sama ada Eric atau Don Jr.”

Eric Trump dan Donald Trump Jr merupakan Naib Presiden Eksekutif Trump Organization, syarikat keluarga yang menguruskan perniagaan hartanah, hospitaliti dan pelaburan teknologi.

Menurut laman web rasmi syarikat itu, Trump Organization mengendalikan sebuah kelab golf di luar Jakarta serta merancang projek resort dan padang golf baharu di Bali.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, Rumah Putih dan Kedutaan Besar Indonesia di Washington belum mengulas mengenai perbualan tersebut. - Agensi

Ringkasan AI

  • Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, tanpa sengaja merakamkan perbualan dengan Presiden Amerika, Donald Trump, meminta pertemuan dengan anak Trump, Eric
  • Perbualan berlangsung setelah ucapan Trump di Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Mesir
  • Rakaman video menunjukkan keduanya berbual tanpa menyedari mikrofon masih aktif
  • Prabowo menyatakan keinginannya bertemu Eric Trump untuk kemungkinan kerjasama
  • Eric Trump dan Donald Trump Jr adalah Naib Presiden Eksekutif Trump Organization yang memiliki projek di Indonesia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!