Kampung Sungai Baru: Fakta berdasarkan dokumen rasmi kerajaan - Dr Zaliha

Dr Zaliha
Dr Zaliha
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, segala fakta yang dikemukakan di Dewan Rakyat mengenai pengambilan tanah Kampung Sungai Baru adalah bersandarkan dokumen rasmi kerajaan.

Beliau berkata, dakwaan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa kononnya beliau telah berbohong kepada Parlimen, melakukan fitnah dan memesongkan fakta dalam Sesi Penerangan Menteri pada Khamis lepas adalah satu fitnah yang serius.

Dr Zaliha berkata, tuduhan yang dilemparkan adalah satu fitnah yang serius dan mencalar reputasi beliau sebagai seorang menteri malah adalah percubaan untuk merendahkan integriti Parlimen itu sendiri.

"Sekiranya beliau mendakwa saya memesongkan fakta maka beliaulah yang wajar tampil dan mengemukakan bukti sebaliknya.

"Integriti Dewan Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan tuduhan yang tidak bersandarkan asas,” katanya menerusi kenyataan di Facebook

Beliau berkata, fokus Kerajaan Madani ketika ini ialah memastikan penduduk yang telah bersetuju kembali semula ke Kampung Sungai Baru dengan segera dan memperoleh hak sewajarnya.

Annuar sebelum ini memberi notis menuntut penjelasan Dr Zaliha mengenai jawapannya di Parlimen, yang mendakwa pengambilan tanah Kampung Sungai Baru telah dilakukan secara tergesa-gesa membabitkan tempoh tiga hari pada 2021. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan fakta tentang pengambilan tanah Kampung Sungai Baru adalah berdasarkan dokumen rasmi kerajaan
  • Dakwaan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengatakan Dr Zaliha berbohong kepada Parlimen adalah fitnah serius
  • Tuduhan tersebut mencalar reputasi Dr Zaliha dan cubaan merendahkan integriti Parlimen
  • Dr Zaliha menggesa yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti
  • Fokus Kerajaan Madani adalah memastikan penduduk Kampung Sungai Baru kembali dengan segera dan memperoleh hak sewajarnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!