Belanjawan 2026: RUU Jenayah Siber digubal tangani scammer

Kerajaan gubal RUU Jenayah Siber dan peruntuk RM12 juta kepada NSRC serta RM20 juta untuk forensik digital PDRM bagi tangani scammer dan jenayah seksual siber - Gambar hiasan
Kerajaan gubal RUU Jenayah Siber dan peruntuk RM12 juta kepada NSRC serta RM20 juta untuk forensik digital PDRM bagi tangani scammer dan jenayah seksual siber - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber akan digubal bagi menangani jenayah siber termasuk isu sindiket penipuan (scammer) dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi bagi memperkukuh kedaulatan digital dan keselamatan siber negara.

“Sejumlah RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang kini dikemudi secara langsung oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pengendalian kes penipuan kewangan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan cekap,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, peranan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) PDRM turut diperkasa dalam usaha menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber.

“Sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi memodenkan sistem serta kepakaran forensik digital, selain menubuhkan Behavioural Science Unit yang akan menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rang Undang-Undang Jenayah Siber akan digubal untuk menangani jenayah siber termasuk isu sindiket penipuan dengan lebih berkesan
  • Agensi Keselamatan Siber Negara menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi untuk memperkukuh kedaulatan digital negara
  • Sejumlah RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia untuk pengendalian kes penipuan kewangan
  • Peranan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak PDRM diperkasa untuk menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak di ruang siber
  • RM20 juta diperuntukkan untuk memodenkan sistem forensik digital dan menubuhkan Behavioural Science Unit untuk menganalisis pola tingkah laku jenayah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!