Ubat tiada kelulusan KKM, pakaian tiruan lebih RM300,000 dirampas

Operasi PGA secara bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain menyerbu sebuah pakaian tiruan dan pelbagai ubatan disyaki tiada kelulusan KKM di Kajang pada Rabu.
Operasi PGA secara bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain menyerbu sebuah pakaian tiruan dan pelbagai ubatan disyaki tiada kelulusan KKM di Kajang pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Ubatan tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pakaian tiruan bernilai RM309,866 dirampas menerusi dua serbuan di sekitar daerah ini pada Rabu.

Serbuan Op Taring Alfa 5 dan Op Taring Dosej bermula jam 12 tengah hari dijalankan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang serta Majlis Perbandaran Kajang.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Jafri Muhamad berkata, serbuan pertama menahan seorang lelaki Indonesia berusia 29 tahun dan pemeriksaan premis menemui 21,962 ubat-ubatan dipercayai tidak mempunyai kelulusan KKM dianggarkan bernilai RM107,616.

Menurutnya, serbuan di lokasi kedua telah lelaki warga Pakistan berusia 26 tahun.

"Sebanyak 2,535 helai pakaian pelbagai jenama yang dipercayai tiruan telah dirampas dengan nilai rampasan dianggarkan RM202,250," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Tambahnya, barang rampasan masing-masing diserahkan kepada KPDN Cawangan Kajang dan Penguatkuasa Bahagian Farmasi Negeri Selangor untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Cap Dagangan 2019.

Tegasnya, Balation 4 PGA menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ubatan tiada kelulusan KKM dan pakaian tiruan bernilai RM309,866 dirampas di Kajang
  • Serbuan dilakukan oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am dengan kerjasama KPDN dan IPD Kajang
  • Seorang lelaki Indonesia ditahan dengan 21,962 ubat tiada kelulusan KKM
  • Lelaki warga Pakistan ditahan dengan 2,535 helai pakaian tiruan
  • Barang rampasan diserahkan untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Dadah dan Kosmetik serta Akta Cap Dagangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!