Bapa mentua tawar wang untuk tampar 'penyondol' 10 kali

BANGKOK - Seorang taikun durian terkenal di Thailand menawarkan ganjaran untuk individu 'mengajar penyondol' yang mengganggu rumah tangga menantu perempuannya.
Amon Rodthong membuat tawaran 30,000 baht (RM3,882) kepada sesiapa yang berjaya menampar perempuan simpanan anak lelakinya sebanyak 10 kali.
Menurut laporan Thaiger, ganjaran tersebut kekal sah hingga hubungan terlarang itu terputus.
"Amon juga menggesa pihak berkuasa supaya memeriksa lori pikap milik anaknya yang didakwa menyimpan senjata api secara haram.
"Dia berang selepas mendapat tahu menantunya diugut setelah skandal itu terbongkar," jelas laporan itu lagi.
Kebanyakan warganet memuji tindakan Amon kerana mempertahankan menantu perempuannya dan ada yang mempertikaikan tawaran tersebut.
Dia bagaimanapun menegaskan tindakan itu bertujuan untuk melindungi maruah menantunya.
Dia juga sanggup memutuskan hubungan dengan anak lelakinya dan menukar nama seluruh aset kepada cucunya. - Agensi
Ringkasan AI
- Taikun durian di Thailand tawar ganjaran untuk 'mengajar penyondol' yang mengganggu menantu perempuannya
- Amon Rodthong tawarkan 30,000 baht kepada individu yang berjaya menampar perempuan simpanan anak lelakinya
- Ganjaran sah sehingga hubungan terlarang itu terputus
- Amon gesa pihak berkuasa periksa lori pikap anaknya yang didakwa simpan senjata api secara haram
- Bertindak demikian untuk melindungi maruah menantu perempuannya, sanggup putus hubungan dengan anak lelaki dan tukar nama aset kepada cucu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

