Kes Zara Qairina: Jurutera direman buat ugutan bunuh terhadap Ram

KOTA KINABALU - Seorang jurutera berusia 27 tahun ditahan reman selepas melakukan ugutan bunuh terhadap peguam, Datuk Ram Singh.
Ugutan bunuh tersebut dipercayai berkaitan dengan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada 17 Julai lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Wan Fara Wan Ghazali pada Rabu, selepas permohonan reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Perintah reman bermula Khamis hingga Ahad ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.
Difahamkan, lelaki tersebut telah menyerah diri di balai polis di sini pada Selasa.
Sementara itu, Ram memaklumkan antara perkataan yang diterimanya melalui mesej ugutan tersebut ialah, 'Nanti kamu mati disoal Tuhan'.
Ringkasan AI
- Seorang jurutera berusia 27 tahun ditahan reman kerana mengugut akan membunuh peguam, Datuk Ram Singh
- Ugutan berkaitan dengan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir
- Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Wan Fara Wan Ghazali
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan
- Lelaki tersebut telah menyerah diri di balai polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
