Pokok tumbang hempap kereta BMW

Sebuah kereta BMW dihempap pokok di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Rabu. FOTO JBPM Kuala Lumpur.
Sebuah kereta BMW dihempap pokok di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Rabu. FOTO JBPM Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta jenis BMW dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak di sini pada Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I M Jayamohan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.03 petang melalui talian Pusat Gerakan Operasi (PGO).

"Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa kemudian dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera.

"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta BMW," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di lokasi kejadian. FOTO JBPM Kuala Lumpur
Anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di lokasi kejadian. FOTO JBPM Kuala Lumpur

Katanya, pemandu kenderaan terbabit dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berada di lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.56 petang dan tugas selanjutnya diserahkan kepada pihak DBKL," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kereta BMW dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.03 petang
  • Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera
  • Pemandu kereta dalam keadaan selamat tanpa kecederaan
  • Operasi pembersihan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selepas tamat pada jam 1.56 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!