Fahmi serah surat pelantikan anggota Majlis Penyeliaan, Lembaga Pengelola Bernama 2025-2027

Fahmi ketika berucap pada majlis menyerahkan surat pelantikan anggota Majlis Penyeliaan dan Lembaga Pengelola Bernama bagi tempoh 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2027 hari ini. Foto Bernama
Fahmi ketika berucap pada majlis menyerahkan surat pelantikan anggota Majlis Penyeliaan dan Lembaga Pengelola Bernama bagi tempoh 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2027 hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyerahkan surat pelantikan anggota Majlis Penyeliaan dan Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi tempoh 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2027.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Penyeliaan Bernama yang baharu manakala Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola.

Pada majlis yang diadakan di Wisma Bernama di sini, empat lagi anggota Majlis Penyeliaan dan 20 anggota Lembaga Pengelola Bernama turut menerima surat pelantikan masing-masing.

Pelantikan mereka telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, Mohd Shukri Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi, Azlina Aziz dan Setiausaha Majlis Penyeliaan/ Lembaga Pengelola, Sharifah Zaini Syed Zain.

Majlis Penyeliaan yang diketuai seorang Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Yang Dipertua dengan empat anggota lain berperanan memastikan agensi berita berkenaan sentiasa mematuhi peruntukan Akta BERNAMA 1967 dalam melaksanakan objektif dan peranannya.

Lembaga Pengelola terdiri daripada seorang Pengerusi dan 20 anggota merangkumi wakil kerajaan dan organisasi media yang menjadi pelanggan Bernama pula bertanggungjawab memantau pelaksanaan dasar serta prosedur berkaitan dengan agensi.

Lembaga Pengelola juga bertanggungjawab melaksanakan matlamat Bernama antaranya mencari dan menyampaikan berita yang lengkap, objektif serta adil tentang hal-hal berkepentingan awam dan negara sama ada di dalam mahupun luar negara.

Berikut senarai anggota Majlis Penyeliaan Bernama dan Lembaga Pengelola Bernama:

Artikel Berkaitan:

Majlis Penyeliaan Bernama:

Yang Dipertua: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azhar Abdul Hamid

Wakil Kerajaan Malaysia: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa

Wakil Organisasi Media di Malaysia: Pengarang Kumpulan New Straits Times, Farrah Naz Abd Karim

Naib Canselor Universiti di Malaysia: Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed

Anggota Tambahan: Ketua Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor, Anand Kumar Selvam

Lembaga Pengelola Bernama:

Pengerusi: Datuk Seri Wong Chun Wai

Anggota mewakili Kerajaan Malaysia:

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin (anggota tetap)

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman (anggota tetap)

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Julina Johan (anggota tetap)

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin (anggota tetap)

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Ummu Aiman Ibrahim (anggota tetap)

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, Prof Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman (anggota tetap)

Setiausaha Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Kementerian Komunikasi, Zarina Zakaria (anggota silih ganti)

Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JAPEN, Erwin Khairul Ahmad (anggota silih ganti)

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan, Booi Chong Leng (anggota silih ganti)

Setiausaha Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar, Zamshari Shaharan (anggota silih ganti)

Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Moniza Waheed (anggota silih ganti)

Anggota mewakili organisasi media di Malaysia:

Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group Berhad, Datin Paduka Esther Ng Sek Yee (anggota tetap)

Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Chan Aun Kuang (anggota tetap)

Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Datuk Hussamuddin (anggota tetap)

Ketua Editor Daily Express, Datuk Sardahthisa James (anggota tetap)

Ketua Pegawai Media Sarawak Media Group Sdn Bhd, Mohamad Sardon Zainal (anggota tetap)

Pengarah Urusan Free Malaysia Today Media, Azeem Abu Bakar (anggota tetap)

Pengarang Berita Kanan Star Media Group Berhad, Nik Mazwin Nik Anis (anggota silih ganti)

Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily,Hwn Yaul Len (anggota silih ganti)

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli (anggota silih ganti) - Bernama

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyerahkan surat pelantikan kepada anggota Majlis Penyeliaan dan Lembaga Pengelola Bernama
  • Datuk Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Penyeliaan manakala Datuk Seri Wong Chun Wai sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola
  • Pelantikan anggota Majlis Penyeliaan dan Lembaga Pengelola mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
  • Majlis Penyeliaan memastikan Bernama mematuhi Akta BERNAMA 1967 dalam operasinya
  • Lembaga Pengelola bertanggungjawab memantau pelaksanaan dasar dan melaksanakan matlamat Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!