Ecuador fail aduan berhubung cubaan bunuh Presiden, Noboa

Daniel Noboa. Foto Agensi
Daniel Noboa. Foto Agensi
A
A
A

QUITO - Kerajaan Ecuador pada Selasa memfailkan aduan jenayah berhubung cubaan bunuh terhadap Presiden, Daniel Noboa ketika beliau melakukan lawatan kerja ke wilayah selatan Canar, lapor Xinhua.

Menteri Alam Sekitar dan Tenaga, Ines Manzano berkata, konvoi rasmi presiden telah diserang di bandar El Tambo pada Selasa ketika dalam perjalanan ke stadium tempatan bagi melancarkan projek kerja awam baharu.

"Kira-kira 500 orang muncul dan mula membaling batu, malah terdapat kesan tembakan pada kereta presiden,” katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa Noboa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis menahan lima suspek yang akan berdepan pertuduhan keganasan, manakala beberapa kenderaan dalam konvoi tersebut turut rosak.

Pejabat Presiden menuduh kumpulan penyerang berkenaan cuba menggagalkan majlis perasmian projek komuniti itu.

Insiden berkenaan berlaku pada hari ke-16 tunjuk perasaan di seluruh negara yang diketuai oleh komuniti pribumi sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan menamatkan subsidi diesel pada 12 Sept, langkah yang menyebabkan kenaikan mendadak harga bahan api dan mencetuskan ketegangan meluas. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Ecuador memfailkan aduan jenayah atas cubaan bunuh terhadap Presiden Daniel Noboa di Canar
  • Konvoi presiden diserang dengan batu dan tembakan di El Tambo semasa melancarkan projek kerja awam
  • Presiden Noboa selamat tanpa cedera dari serangan tersebut
  • Lima suspek telah ditahan polis atas pertuduhan keganasan dan beberapa kenderaan dalam konvoi rosak
  • Insiden berlaku semasa tunjuk perasaan oleh komuniti pribumi bantah pemansuhan subsidi diesel yang meningkatkan harga bahan api

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!