Mengamuk diminta bayar saman trafik, adik tikam kakak

Suspek (kanan) dibawa ke balai polis dari Jalan Jinxiu, Daerah Xindian untuk disiasat. - Agensi
Suspek (kanan) dibawa ke balai polis dari Jalan Jinxiu, Daerah Xindian untuk disiasat. - Agensi
A
A
A

TAIPEI – Pertengkaran sebuah keluarga di Bandar New Taipei, Taiwan semakin 'panas' apabila seorang lelaki mengeluarkan pisau ketika bertikam lidah dengan ibunya berhubung saman trafik.

Menurut The Liberty Times, insiden itu menyebabkan kakak lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun cedera di leher selepas cuba menenangkan keadaan.

Polis menerima laporan pada jam 8.52 pagi Sabtu (waktu tempatan) mengenai kejadian di Jalan Jinxiu, Daerah Xindian dan mendapati kedua-dua beradik itu cedera akibat pergelutan.

Mereka kemudian dihantar ke Hospital Xindian Gengxin untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Siasatan awal mendapati pertengkaran bermula apabila ibu mereka mengingatkan anak lelakinya yang berusia 31 tahun, dikenali dengan nama keluarga Nguyen supaya membayar saman trafik.

Pada masa sama kakak mangsa dikatakan cuba menenangkan adiknya sebelum ditikam dan mengalami kecederaan di leher, manakala lelaki itu turut mengalami luka kecil di lengan kiri.

Pengurus bangunan memaklumkan keluarga itu baru berpindah ke kawasan tersebut dan insiden seumpama itu jarang berlaku di komuniti berkenaan.

Selepas rawatan, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk disoal siasat dan akan berdepan tuduhan menyerang menggunakan senjata tajam. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pertengkaran keluarga di Bandar New Taipei, Taiwan berescalasi menjadi kekerasan fizikal
  • Seorang lelaki mengeluarkan pisau dan bertikam lidah dengan ibunya tentang saman trafik
  • Kakak lelaki tersebut cedera di leher setelah cuba menenangkan situasi
  • Kedua-dua beradik itu dihantar ke hospital dan dilaporkan stabil
  • Pertengkaran bermula dari ingatan ibu kepada anak lelakinya untuk membayar saman trafik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!