Warden dipenjara 5 tahun, 4 sebatan lakukan amang seksual kepada anak tiri

Hakim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 42 tahun itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. Foto hiasan
Hakim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 42 tahun itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. Foto hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang warden penjara dihukum penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri berusia 14 tahun, dua tahun lepas.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 42 tahun itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala penjara setahun serta empat sebatan bagi pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 16(1) akta sama.

"Hukuman diperintahkan berjalan secara berasingan bermula dari tarikh sabitan hari ini, selain tertuduh juga akan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman penjara,” katanya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai orang mempunyai hubungan amanah iaitu ayah tiri telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Chendering dekat sini pada jam 12.15 tengah malam 19 Julai 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanim Ayim manakala tertuduh diwakili peguam Che Muhammad Amir Che Musa.

Sepanjang perbicaraan, empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dan lapan saksi pendakwaan memberi keterangan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Warden penjara dihukum penjara lima tahun dan empat sebatan atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri
  • Hakim menjatuhkan hukuman tersebut setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah
  • Hukuman penjara empat tahun untuk kesalahan di bawah Seksyen 14(d) dan setahun serta empat sebatan di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
  • Hukuman berjalan secara berasingan dan tertuduh akan berada di bawah pengawasan polis dua tahun selepas menjalani hukuman
  • Pendakwaan disertai testimoni empat saksi pembelaan dan lapan saksi pendakwaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!