Dr Zulkifli hadir sidang media FFC x TMTG esok

Seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.
Seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.
A
A
A

 

SERDANG – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dijangka hadir dalam sidang media anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) pada Selasa.

Sidang media itu akan diadakan di Ibu Pejabat MyCARE, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, dalam dua sesi iaitu pada jam 10 pagi dan 4 petang pada Selasa.

Menurut MyCARE, sesi berkenaan akan memaklumkan perkembangan terkini pelayaran kapal Conscience dan Umm Saad di bawah misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) yang kini berada di perairan antarabangsa menuju ke Gaza.

Seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.

Kapal terbesar Conscience melibatkan 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.

Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCare, manakala seramai 93 peserta dari 22 negara berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.

Secara keseluruhan misi ini melibatkan 150 peserta dari 25 negara termasuk sembilan delegasi Malaysia.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!