Remaja maut tergelincir dalam tali air

Remaja lelaki ditemui maut akibat lemas di kawasan tali air di Kampung Alor Setol, mukim Langgar, pada Sabtu. Foto ihsan pembaca
Remaja lelaki ditemui maut akibat lemas di kawasan tali air di Kampung Alor Setol, mukim Langgar, pada Sabtu. Foto ihsan pembaca
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui maut selepas dipercayai tergelincir ke dalam sebuah tali air di Kampung Alor Setol, mukim Langgar, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, mangsa dikatakan pergi ke kawasan tersebut bersama empat rakan sekitar jam 9 pagi untuk memancing sebelum tergelincir ketika melalui kawasan tali air.

Menurutnya, pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan seorang remaja lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi tali air pada 10.04 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah di Pokok Sena bersama empat rakan pergi memancing di kawasan itu sebelum dipercayai tergelincir sewaktu melalui pesisir tali air.

“Rakan-rakan cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Hasrat seorang remaja 13 tahun yang mahu pergi memancing bertukar tragedi di kawasan tali air Kampung Alor Setol pada Sabtu. Foto ihsan pembaca
Hasrat seorang remaja 13 tahun yang mahu pergi memancing bertukar tragedi di kawasan tali air Kampung Alor Setol pada Sabtu. Foto ihsan pembaca

Siti Nor Salawati memaklumkan, pembantu perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa.

“Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan insiden tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri khususnya pada musim hujan dan banjir.

“Ibu bapa serta penjaga dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui maut setelah dipercayai tergelincir ke dalam sebuah tali air di Kampung Alor Setol
  • Mangsa bersama empat rakan pergi memancing di kawasan tersebut sekitar jam 9 pagi
  • Pihak polis menerima panggilan tentang penemuan remaja tersebut tidak sedarkan diri di tepi tali air
  • Rakan-rakan mangsa cuba untuk menyelamatkan tetapi tidak berjaya
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tiada unsur jenayah ditemukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!